Kejutan Positif PMI Caixin China Tingkatkan Permintaan AUD

Kejutan Positif PMI Caixin China Tingkatkan Permintaan AUD

Data Indeks PMI Perkhidmatan Caixin China bagi bulan Januari melonjak kepada 54.7, lebih tinggi berbanding jangkaan 53.5 dan bacaan 53.9 pada bulan Di

Data Indeks PMI Perkhidmatan Caixin China bagi bulan Januari melonjak kepada 54.7, lebih tinggi berbanding jangkaan 53.5 dan bacaan 53.9 pada bulan Disember.

Indeks Komposit Output bagi bulan Januari juga meningkat ke paras tertinggi 7 tahun lalu, daripada 53.0 di bulan Disember kepada 53.7 mata

Peningkatan 0.7 dalam indeks komposit Caixin ini menunjukkan perkembangan yang kukuh dalam kedua-dua sektor, perkhidmatan dan pembuatan.

Bacaan diluar jangkaan ini turut memberi impak yang positif kepada matawang Aussie (AUD) berikutan China merupakan rakan dagang paling utama bagi negara Australia.

AUD/USD kini didagang sekitar 0.7933, naik 0.09% setakat jam 12.10 tengah hari.

Selain daripada laporan sektor perkhidmatan Zon Eropah, UK dan US, perhatian pelabur turut tertumpu kepada isu siling hutang AS dengan dana perbelanjaan kerajaan bakal tamat pada 8 Februari.

Selain ketidaktentuan politik di AS, mesyuarat dasar bank pusat UK, Austrlia dan New Zealand pada minggu ini turut menjadi fokus penting kepada pergerakan pasaran pertukaran matawang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: