china-internet

Kekayaan Bersih Jutawan China Menyaksikan Kemerosotan Paling Besar Tahun Ini

Golongan terkaya di China menyaksikan kekayaan mereka merosot paling banyak dalam tempoh lebih dua dekad tahun ini.

Penyusutan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk perang Rusia-Ukraine, dasar sifar-Covid China dan kejatuhan pasaran saham China dan Hong Kong.

Menurut tinjauan Hurun Rich, firma penyelidikan yang menyenaraikan orang terkaya di China dengan nilai bersih minimum 5 bilion yuan (RM3.2 bilion), berkata hanya 1,305 orang yang mencapai kejayaan itu tahun ini.

Angka itu menurun 11 peratus berbanding tahun lalu dengan jumlah kekayaan mereka merosot 18 peratus kepada AS$3.5 trilion.

Sementara itu, bilangan individu dengan kekayaan bersih AS$10 bilion turun sebanyak 29 kepada 56 orang, tambah laporan itu.

“Tahun ini menyaksikan kejatuhan terbesar dalam Senarai Kaya Hurun China dalam tempoh 24 tahun yang lalu,” kata Rupert Hoogewerf, pengerusi dan ketua penyelidik firma penyelidikan Hurun Report.

Tinjauan ekonomi global tahun ini telah terjejas teruk oleh perang di Ukraine dan diburuukkan lagi dengan pertumbuhan ekonomi China yang perlahan di China akibat dasar Covid yang sangat ketat serta isu hartanah di negara itu.

Yang Huiyan, ahli perniagaan di sebalik Country Garden Holdings Co Ltd, yang seperti kebanyakan pemaju China yang lain telah bergelut dengan masalah hutang, menyaksikan kekayaannya jatuh sebanyak AS$15.7 bilion, penurunan terbesar dalam senarai 2022.

Pengasas pemilik TikTok ByteDance, Zhang Yiming, yang menduduki tempat kedua terkaya menyaksikan kekayaannya merosot 28 peratus kepada AS$35 bilion disebabkan kejatuhan dalam penilaian ByteDance.

Pengasas Tencent Pony Ma pula mencatatkan penurunan kedua terbesar dalam kekayaan sebanyak AS$14.6 bilion di tengah-tengah kejatuhan harga saham teknologi.

Penurunan itu menyebabkan Pony Ma menduduki tempat kelima dalam senarai itu sementara pengasas Alibaba, Jack Ma dan keluarganya jatuh empat tempat untuk menduduki tempat ke-9

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *