Kekayaan Jutawan Malaysia & Dunia Melonjak Di Waktu Pandemik – Forbes

Kekayaan Jutawan Malaysia & Dunia Melonjak Di Waktu Pandemik – Forbes

Memetik senarai Billionaires Dunia Tahunan Forbes, Robert Kuok, kekal sebagai individu terkaya di Malaysia dengan kekayaannya meningkat kepada RM51.9

Memetik senarai Billionaires Dunia Tahunan Forbes, Robert Kuok, kekal sebagai individu terkaya di Malaysia dengan kekayaannya meningkat kepada RM51.9 bilion pada tahun ini walaupun ditengah-tengah krisis pandemik.

Namun begitu, ahli perniagaan yang berpangkalan di Hong Kong itu hanya menduduki tangga ke 171 terkaya dunia, jatuh daripada kedudukan ke 141 yang direkodkan pada tahun lalu ketika kekayaan bersihnya dianggarkan bernilai sekitar RM41.6 bilion.

Selain Kuok, kekayaan 16 jutawan dari Malaysia juga merekodkan momentum yang sama, meningkat berbanding tahun sebelumnya seperti kekayaan Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) yang naik daripada RM38 bilion kepada RM40 bilion.

Kemudian diikuti kekayaan Tan Sri T. Ananda Krishnan (Astro) yang meningkat daripada RM19.4 bilion kepada RM24 bilion, Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM14.4 bilion kepada RM21 bilion dan 13 jutawan yang lain.

Selain itu, daripada 2,755 individu yang tersenarai di dalam Billionaires Dunia Forbes kali ke-35 ini, terdapat 493 muka baharu yang belum pernah disebutkan, termasuk 210 individu dari China dan Hong Kong serta 98 dari Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat yang memiliki 724 jutawan kekal sebagai penyumbang terbesar dalam keseluruhan senarai tersebut, diikuti oleh China dengan jumlah 698 individu.

Secara kesimpulannya, kekayaan terkumpul bagi kesemua individu terkaya di dunia ini meningkat lebih 60% dengan anggaran penambahan kira-kira AS$ 8 trilion berbanding jumlah tahun lalu kepada AS$ 13 trilion.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: