uk-flag

Kekosongan Pekerjaan Dalam Industri Perbankan UK Melonjak Pada 2021

Sektor perbankan di Britian menyaksikan kekosongan pekerjaan mencecah rekod tertinggi tahun lalu berikutan pembukaan semula ekonomi.

Menurut tinjauan yang dibuat oleh agensi pengambilan pekerja Morgan McKinley dan penganalisis data Vacancysoft, jumlah pembukaan pekerjaan di UK melonjak sebanyak 129 peratus antara 2020 dan 2021.

“Kekosongan dalam industri perbankan UK mencecah paras tertinggi sepanjang masa pada 2021, walaupun terdapat sekatan Covid, prestasi rendah dalam sektor umum dan isu seperti perjanjian perkhidmatan kewangan pasca Brexit masih belum diselesaikan,” kata kajian tersebut.

Di UK, Bank pelaburan AS, JP Morgan Chase merupakan perekrut paling besar bagi industri itu pada tahun lalu, dengan kekosongan jawatan meningkat 122 peratus.

Di kalangan bank UK pula, NatWest mendahului dengan kekosongan jawatan meningkat hampir empat kali ganda berikutan bank runcit mendapat manfaat daripada permintaan gadai janji yang kukuh dan kadar faedah yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, sektor kewangan di UK masih belum mencapai sebarang perjanjian pasca Brexit dengan EU, yang mana membolehkan syarikat yang berpangkalan di London beroperasi sepenuhnya di Eropah.

“Brexit tidak membawa penghijrahan dramatik profesional kewangan keluar dari UK seperti yang disangkakan ramai sebelum ini – terutamanya di ibu negara (London),” kata kajian itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *