Kekuatan Data Makro AS Tidak Lagi Menyokong Peningkatan USD

Kekuatan Data Makro AS Tidak Lagi Menyokong Peningkatan USD

Dolar AS meneruskan penyusutan berbanding matawang utama yang lain pada penutupan minggu lalu, didorong oleh peningkatan keinginan risiko di dalam pa

Dolar AS meneruskan penyusutan berbanding matawang utama yang lain pada penutupan minggu lalu, didorong oleh peningkatan keinginan risiko di dalam pasaran.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut 0.67% kepada 91.53 mata, mengekalkan penurunan dua minggu berturut-turut.

Pasaran dilihat telah mengenepikan data-data makro AS yang baik seperti peningkatan angka jualan runcit dan penurunan tuntutan insurans pengangguran.

Sokongan langsung menerusi kenyataan pengerusi Fed Jerome Powell yang mengesahkan bahawa bank pusat tidak mungkin akan menaikkan kadar faedah sebelum tahun 2022 juga tidak dapat membantu mengukuhkan optimis terhadap dolar.

“Kami jangka untuk mengekalkan kadar sehingga mencapai tiga bahagian ujian,” kata Powell pada hari Rabu lepas di acara maya anjuran Economic Club Washington.

Tiga ujian tersebut merangkumi perolehan pekerjaan maksimum, inflasi mencapai 2%, dan berada diatasnya untuk beberapa waktu.

Selain itu, ‘price in’ terhadap impak positif pakej rangsangan ekonomi Biden dan kemajuan vaksin di AS yang telah dilakukan sepenuhnya turut menjadi punca kepada kemerosotan dolar sehingga Commerzbank menyebutkan “data AS yang kuat tidak lagi menyokong USD”.

Commerzbank ketika mengulas tentang pelan infrastruktu baru Biden yang bertujuan memberi momentum ekonomi jangka panjang berkata, jika Kongres meluluskannya, ianya hanya akan stabil dan kukuh pada musim panas.

“Buat masa ini, rancangan tersebut terlalu abstrak menyokong dolar secara mampan.”, jelas mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: