Kekuatan Dolar AS & Isu Brexit Menghadkan Pendakian GBP/USD

Kekuatan Dolar AS & Isu Brexit Menghadkan Pendakian GBP/USD

Pertumbuhan ekonomi UK pada suku tahun keempat 2019 kekal mendatar dan menepati ramalan ahli ekonomi dengan bacaan tahun ke tahun meningkat kepada 1.

Pertumbuhan ekonomi UK pada suku tahun keempat 2019 kekal mendatar dan menepati ramalan ahli ekonomi dengan bacaan tahun ke tahun meningkat kepada 1.1%

Selain itu, sentimen kekal positif apabila kelemahan bacaan kadar pengeluaran industri dan pembuatan bulan Disember ditutupi oleh lonjakan lebihan perdagangan yang menjangkaui ramalan.

Namun begitu, kebimbangan pasaran terhadap kemungkinan berlakunya hard-Brexit setelah tamatnya tempoh peralihan pada akhir tahun ini terus menghadkan pendakian pound.

Di tambah dengan permintaan dolar AS yang terus meningkat dijangka akan terus menghalang pemulihan GBP/USD yang signifikan.

Sehingga jam 7.30 malam, GBP/USD didagang sekitar 1.2920, naik 0.05%.

Fokus pasaran kini tertumpu kepada keterangan pengerusi Fed Jerome Powell di hadapan jawatankuasa Kongres yang dilihat berpotensi mempengaruhi dinamik pergerakan USD dan memicu peluang dagangan pada sesi pasaran Amerika Syarikat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: