Kekuatan Dolar AS Membenam GBP/USD, Kembali Menguji Support $1.2900

Kekuatan Dolar AS Membenam GBP/USD, Kembali Menguji Support $1.2900

Pasangan matawang GBP/USD akhirnya memecahkan fasa penyatuan sesi Asia dan didagang berhampiran garisan support penting 1.290. Kegagalan mengekalk

Pasangan matawang GBP/USD akhirnya memecahkan fasa penyatuan sesi Asia dan didagang berhampiran garisan support penting 1.290.

Kegagalan mengekalkan momentum positif 100 pips intraday hari Jumaat lalu menjadikan harga 1.30 sebagai zon resistance psikologi yang penting untuk mengekang pembelian, didorong oleh kebimbangan yang berterusan terhadap risiko no-deal Brexit pada akhir tahun ini.

Selain itu, ditambah dengan kemunculan gelombang sentimen risk-off yang baru, permintaan dolar AS sebagai pilihan matawang safe haven telah menjadikan nilai dolar bergerak lebih tinggi berbanding matawang utama yang lain.

Sentimen risiko semakin ditekan berikutan kebimbangan pasaran terhadap kesan coronavirus ke atas pertumbuhan ekonomi global yang semakin memuncak apabila wabak ini dilihat terus merebak ke serata dunia.

Walau bagaimanapun, suasana risk-off turut mengecilkan hasil bon AS, sekali gus dilihat berpotensi menghadkan peningkatan dolar untuk seketika waktu.

Tanpa data-data penggerak daripada UK atau AS, tajuk-tajuk berkaitan Brexit terus memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi sentimen matawang GBP di samping membuka peluang kepada dagangan jangka masa pendek.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: