Kekuatan Dollar Menghalang Pendakian Aussie, AUD/USD Masih Bertahan Di Bawah Harga 0.6900

Kekuatan Dollar Menghalang Pendakian Aussie, AUD/USD Masih Bertahan Di Bawah Harga 0.6900

Pasangan matawang AUD/USD meneruskan pullback daripada zon supplu 0.6930 yang terbentuk pada hari Selasa yang lalu dan kini didagang pada julat yang

Pasangan matawang AUD/USD meneruskan pullback daripada zon supplu 0.6930 yang terbentuk pada hari Selasa yang lalu dan kini didagang pada julat yang terendah.

Keputusan RBA yang tidak sebegitu dovish serta permintaan dollar yang semakin kukuh menjadi faktor penghalang kepada pergerakan bullish intraday AUD/USD, sekali gus memicu penjualan pada harga yang lebih tinggi.

Kekuatan greenback pada hari Selasa yang lepas dipandu oleh data PMI sektor perkhidmatan hasil tinjauan ISM bulan Oktober yang lebih baik , dan sentimen perniagaan yang semakin pulih daripada paras terendah tiga tahun pada bulan September.

Namun begitu, penyusutan AUD/USD terhad berikutan harapan positif untuk melihat perjanjian perdagangan fasa pertama AS-China ditandatangani pada bulan ini berjaya memberi sokongan kepada matawang Aussie yang menjadi proksi kepada China untuk kekal di atas paras 0.6875

Secara teknikal, para pelabur sedang menantikan penembusan harga yang lebih kukuh sebelum mengesahkan bahawa momentum lonjakan daripada garisan support terendah beberapa tahun lalu semakin pudar untuk menetapkan posisi penjualan yang lebih besar.

Kekurangan dorongan daripada data-data ekonomi utama, beberapa barisan ucapan ahli FOMC akan menjadi perhatian bagi mencari peluang dagangan jangka masa pendek pada sesi pasran AS malam ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: