Kekuatan Dollar Tenggelamkan AUD, Apakah Masih Ada Harapan Kepada Pembelian Aussie?

Kekuatan Dollar Tenggelamkan AUD, Apakah Masih Ada Harapan Kepada Pembelian Aussie?

AUD jatuh menjunam berbanding dollar pada hari Jumaat yang lalu selepas greenback meraih sokongan terakhir melalui laporan GDP Q2 AS yang lebih baik.

AUD jatuh menjunam berbanding dollar pada hari Jumaat yang lalu selepas greenback meraih sokongan terakhir melalui laporan GDP Q2 AS yang lebih baik.

Penurunan tanpa henti yang berlaku sejak 19 Julai yang lalu telah mengakibat AUD/USD kehilangan lebih 180 pips daripada harga tertinggi bulanan dan terus mencatat paras terendah yang baru.

AUD/USD kini memulakan dagangannya pada harga 0.6903 dengan jangkaan volatiliti pada minggu ini akan menghentikan atau mengekalkan momentum pergerakan yang telah terbentuk sejak dua minggu yang lalu.

Antara data makro yang dinantikan oleh para pelabur Australia adalah bacaan inflasi CPI Q2 yang akan diterbitkan pada hari Rabu dan angka jualan runcit bulan Jun yang akan dikeluarkan pada hari jumaat.

Data-data di atas menjadi indikator penting yang mengukur hampir keseluruhan aktiviti ekonomi dan dijangka memberi impak yang besar kepada AUD.

Selain itu, perkembangan ekonomi di China melalui laporan sektor pembuatan dan perkhidmatan pada hari Rabu juga dilihat mampu memandu aliran keluar dan masuk AUD berikutan China merupakan destinasi eksport terbesar bagi Australia.

Brexit pula kekal menjadi tajuk utama yang membentuk sentimen global, terutamanya selepas PM UK yang baru Boris Johnson mengatakan kesediaan beliau untuk keluar pada 31 Oktober dengan perjanjian mahupun tidak.

AS dan China pula akan menyambung rundingan mereka pada minggu ini namun berlatarkan laporan yang menyebut bahawa Trump akan menangguhkan sebarang kelulusan sehingga pilihan raya tahun hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: