Kekuatan USD : Bersifat Kekal Atau Sekadar “Profit Taking”?

Kekuatan USD : Bersifat Kekal Atau Sekadar “Profit Taking”?

Pasaran AS ditutup pada hari ini bersempena sambutan Hari Presiden Amerika dan China juga masih lagi bercuti bersempena sambutan Tahun Baru Cina. Pada

Pasaran AS ditutup pada hari ini bersempena sambutan Hari Presiden Amerika dan China juga masih lagi bercuti bersempena sambutan Tahun Baru Cina. Pada minggu lepas USD berjaya pulih daripada kejatuhan dan kembali mengukuh berbading matawang utama dunia yang lain terutamanya EUR.

Data ekonomi yang bagus dari AS dan faktor luaran seperti pengunduran Yen pada akhir sesi dagangan Asia memberi ruang kepada USD mendominasi hari terakhir pasaran minggu lepas. Kebimbangan BOJ terhadap kekuatan Yen membuka persepsi bahawa polisi kewangan Kuroda yang baru sahaja dilantik sekali lagi sebagai Gabenor bank pusat itu akan terus dikekalkan.

Data petunjuk utama inflasi iaitu Indeks Harga Pengguna (CPI) pada minggu lepas berada pada tahap yang baik untuk membayangkan akan adanya sekali lagi kenaikan kadar faedah pada bulan Mac nanti. Sekaligus memberikan impak yang positif kepada USD menutup sesi dagangan minggu lalu dengan baik.

Data Indeks Harga Pengguna (CPI) zon Eropah akan mengambil tempat pula pada minggu ini, pada 23 Feb jam 6 petang. Tiada perubahan dijangkakan berlaku namun jika data tersebut mampu mengatasi jangkaan ianya pasti memberikan momentum kepada EUR untuk melonjak lebih tinggi.

Bagi AS pula, kalendar ekonomi mereka dipenuhi dengan ucapan ahli FOMC selain daripada terbitan data Jualan Rumah dan Tuntutan Awal Pengangguran. Data ini tidak kurang pentingnya bagi USD, jika gagal mampu memberi ruang kepada EURUSD untuk memecut naik lebih awal.

Pasangan matawang EURUSD jatuh hampir 160 pips pada Jumaat lepas dan terhenti di paras ‘support’ H4 yang penting iaitu sekitar 1.23980.  Ini memberi sedikit gambaran bahawa kekuatan USD pada minggu lepas seakan sekadar pembetulan pasaran atau “profit taking”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: