Kelemahan Berterusan USD Menyokong Pendakian GBP/USD Menjelang Keputusan Dasar BoE

Kelemahan Berterusan USD Menyokong Pendakian GBP/USD Menjelang Keputusan Dasar BoE

Bias penjualan dolar AS menghadkan penurunan GBP/USD, malah menarik pembelian pada setiap kajatuhan harga menjelang keputusan dasar kewangan BoE dan

Bias penjualan dolar AS menghadkan penurunan GBP/USD, malah menarik pembelian pada setiap kajatuhan harga menjelang keputusan dasar kewangan BoE dan kejutan data tuntutan insurans pengangguran AS akhir minggu lalu.

Greenback terus berundur berikutan program QE Fed yang lebih agresif di samping optimis pasaran terhadap pakej ransangan AS yang terbesar di dalam sejarah bernilai $2 trillion USD.

Peningkatan GBP/USD kemudiannya terus disokong oleh data inflasi CPI UK bulan Februari yang memberansangkan sementara bacaan data Pesanan Barang Tahan lama AS yang bercampur gagal mengembalikan perhatian pelabur kepada dolar.

Para pelabur walau bagaiamnapun dilihat enggan untuk meletakkan posisi dagangan yang lebih agresif menjelang keputusan dasar monetari BoE pada jam 8 malam ini.

Sehingga jam 5.30 petang, GBP/USD didagang sekitar 1.1930, naik 0.4%.

Tambahan pula, pengumuman data tuntutan insurans pengangguran AS yang dinanti-nantikan pada hari ini dijangka akan memberi pengaruh yang besar kepada dinamik pergarakan USD sehingga membentuk arah pergerakan harga dan peluang dagangan yang lebih jelas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: