Kelemahan Data Perdagangan Australia Membantu ‘Seller’ AUD/USD Mensasar Harga $0.7100

Kelemahan Data Perdagangan Australia Membantu ‘Seller’ AUD/USD Mensasar Harga $0.7100

Pasangan matawang AUD/USD didagang dengan sentimen yang negatif pada sesi Asia hari Selasa, kini berada di zon terendah harian 0.7120-30. Kelemahan

Pasangan matawang AUD/USD didagang dengan sentimen yang negatif pada sesi Asia hari Selasa, kini berada di zon terendah harian 0.7120-30.

Kelemahan dan penjualan berterusan dollar serta optimis terhadap kemajuan perdagangan AS-China pada minggu lalu telah membantu AUD/USD untuk keluar daripada paras terendah sedekad lalu sehingga mendaki ke paras terendah dua minggu lepas pada minggu ini.

Peningkatan walau bagaimanapun terhad dan kurang mendapat sambutan apabila momentum bullish semakin kehilangan sokongan selepas Jabatan Statistik Australia (ABS) melaporkan penyusutan melebihi jangkaan lebihan perdagangan pada bulan November kepada A$1.925 billon berbanding jangkaan A$2.23 billion.

Pasangan matawang ini dilihat bakal menamatkan kenaikan tiga hari berturut-turut berikutan USD juga sedang meningkat pada kadar yang sedarhana, keluar daripada paras terendah pertengahan bulan Oktober yang lalu, seiring dengan peningkatan hasil bon AS.

Namun begitu, jangkaan bahawa Fed akan memperlahankan peningkatan kadar faedah dan turut berpotensi untuk menghentikan kitaran pengetatan dasar pada tahun ini tetap menjadi penghalang kepada pemulihan greenback, sekali gus dijangka dapat menghadkan penurunan pasangan matawang utama yang lain berbanding dollar termasuk AUD/USD.

Minit mesyuarat FOMC pada hari Rabu serta ulasan Pengerusi Fed Jerome Powell pada hari Khamis dilihat akan memainkan peranan penting dalam memandu sentimen dollar sekali gus membentuk pergerakan yang bakal menguji paras-paras psikologi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: