Kelemahan Data UK Pada Hari Isnin Akan Mengukuhkan Pandangan Dovish BoE

Kelemahan Data UK Pada Hari Isnin Akan Mengukuhkan Pandangan Dovish BoE

GBP/USD mengakhiri dagangan pada hari Jumaat tanpa sebarang perubahan, tutup di kawasan pembukaan harga minggu lalu sekitar 1.3065 Permintaan dola

GBP/USD mengakhiri dagangan pada hari Jumaat tanpa sebarang perubahan, tutup di kawasan pembukaan harga minggu lalu sekitar 1.3065

Permintaan dolar AS yang terus meningkat menjadi faktor paling utama mendorong kemunduruan GBP/USD daripada paras 1.3200

Kelulusan bill peralihan PM Boris Johnson di parlimen UK pada hari Khamis lalu juga tidak memberi impak yang signifikan kepada pound.

Bahkan, permintaan pound tetap lemah berikutan pasaran masih meragui kelancaran peralihan Brext dalam tempoh yang terhad di samping bimbang jika UK terpaksa keluar daripada EU tanpa sebarang perjanjian.

Selain Brexit, kelemahan berterusan pada aktiviti ekonomi UK turut memberi tekanan kepada bank pusat untuk segera memperkenalkan ransangan-ransangan dasar yang baru.

Gabenor BoE Mark Carney pada hari Khamis yang lalu mengisyaratkan bahawa bank pusat berkemungkinan akan memperkenalkan kadar faedah yang lebih rendah di masa hadapan.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh Gertjan Vlieghe, salah seorang ahli jawatankuasa dasar BoE yang berkata pada hujung minggu yang lalu bahawa beliau cenderung untuk mengundi dasar yang lebih longgar pada mesyuarat akhir bulan ini.

Pada hari Isnin, data pengeluaran industri dan output pembuatan UK bagi bulan November akan dikeluarkan dan kedua-dua sektor ini telah mengalami penyusutan yang lebih besar pada unjuran tahun ke tahun.

Selain itu, dalam keadaan masih dihimpit ketidaktentuan Brexit, UK juga akan menerbitkan angka imbangan perdagangan mereka dan jangkaan pertumbuhan GDP bulanan pada hari ini.

Secara teknikal, bagi dagangan dalam tempoh masa yang terdekat, carta empat jam (4H) menunjukkan GBP/USD masih mengarah kepada pergerakan yang bearish dengan 1.3010 menjadi support terhampir kemudian di paras 1.2970, sementara 1.3100 pula menjadi resistance yang terdekat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: