Kelemahan USD Buka Peluang ‘Recovery’ Matawang Utama Dunia Menjelang Mesyuarat G20

Kelemahan USD Buka Peluang ‘Recovery’ Matawang Utama Dunia Menjelang Mesyuarat G20

Kesemua matawang utama dunia termasuk pound berjaya mencatat perubahan positif berbanding dollar pada hari Isnin. Indeks USD yang mengukur kekuatan

Kesemua matawang utama dunia termasuk pound berjaya mencatat perubahan positif berbanding dollar pada hari Isnin.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.20% ke paras 96.27, menghampiri paras terendah 96.05 yang direkodkan pada hari Jumaat yang lepas.

Seperti yang dimakulumkan menerusi artikel lalu, kelemahan dollar dipandu oleh kenyataan dovish yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi Fed Richard Clarida.

Beliau menegaskan bahawa terdapatnya bukti kelembapan ekonomi dan menyatakan bahawa kadar faedah semakin hampir mencapai objektif neutral rate dimana tidak merangsang mahupun menhalang pertumbuhan ekonomi.

Tambahan pula, Presiden Fed Dallas Robert Kaplan turut menyuarakan isu kelembapan ekonomi yang sedang berlaku di Eropah dan China.

Walaupun rate hike dijangka akan diteruskan pada pertemuan bulan Disember hadapan, namun outlook rate hike pada tahun 2019 semakin kabur.

Fed berkemungkinan menghentikan jangkaan pengetatan dasar dalam tempoh masa terdekat.

Euro terus mengambil kesempatan atas kelemahan dollar sementara permintaan terhadap safe haven Yen turut meningkat menjelang pertemuan Trump dan Presiden China Xi Jinping pada akhir bulan ini.

China telah menghantar beberapa langkah yang akan diambil untuk mengurangkan konflik perdagangan mereka dengan China dan Trump pada hari Jumaat lalu berkata kemungkinan tiada tarif baru ke atas barangan China akan dikenakan.

Namun begitu, harapan untuk melihat kemajuan positif pada rundingan pada mesyurat G20 akhir bulan ini punah apabila Timbalan Presiden AS Mike Pence berkata AS tidak akan mengalah dalam konflik perdagangan ini dan mungkin akan mengenakan tarif dua kali ganda lebih besar.

Berikut adalah perubahan dollar berbanding kesemua matawang sehingga jam 1.25 pagi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: