Kelembapan Aktiviti Pembuatan UK Menjadi Punca Kejatuhan Sterling (GBP) Sepanjang Minggu Lalu

Kelembapan Aktiviti Pembuatan UK Menjadi Punca Kejatuhan Sterling (GBP) Sepanjang Minggu Lalu

Pound merekodkan prestasi terburuk sepanjang minggu lalu berbanding matawang utama yang lain, didorong oleh kelemahan aktiviti pembuatan. Indeks P

Pound merekodkan prestasi terburuk sepanjang minggu lalu berbanding matawang utama yang lain, didorong oleh kelemahan aktiviti pembuatan.

Indeks PMI Pembuatan bagi bulan Januari jatuh daripada 54.2 kepada 52.8 mata dan bacaan ini merupakan data kedua terlemah sejak bulan Julai 2016 yang lalu.

Menurut pengarah IHS Markit, Rob Dobson, sektor pembuatan UK dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi Brexit dan kelembapan ekonomi di Eropah telah menekan sentimen perniagaan, sekali gus meningkatan risiko kemelesetan sektor ini dalam tempoh masa yang terdekat.

Mengenai Brexit, hampir tiada perkembangan baru di mana Theresa May telah menolak untuk mengenepikan potensi berlakunya ‘no-deal Brexit’ dan tidak memohon penangguhan tempoh peralihan melalui Artikel 50.

Secara keseluruhan, menjelang ‘Super Thursday’ BoE pada minggu ini, sentimen negatif masih kuat menyelebungi pound dalam keadaan berbaki kurang daripada dua bulan untuk UK keluar sepenuhnya daripada Kesatuan Eropah.

Berbanding dollar, GBP/USD telah susut sebanyak -0.85% sepanjang minggu lalu, tutup di paras 1.3090 sementara berbanding euro, EUR/GBP naik 0.23% kepada 0.8752

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: