Kelembapan Eropah Semakin Jelas, EUR/USD Dihumban Ke Paras Terendah Mingguan

Kelembapan Eropah Semakin Jelas, EUR/USD Dihumban Ke Paras Terendah Mingguan

Menjelang data PMI perkhidmatan dan pembuatan AS oleh IHS Markit pada malam ini, laporan ekonomi daripada China, Jepun dan Eropah kembali membimbangka

Menjelang data PMI perkhidmatan dan pembuatan AS oleh IHS Markit pada malam ini, laporan ekonomi daripada China, Jepun dan Eropah kembali membimbangkan pasaran dengan risiko kelembapan ekonomi global.

Pertumbuhan jualan runcit China jatuh ke paras terendah 15 tahun lalu, sementara output industri memaparkan peningkatan paling kecil dalam tempoh 3 tahun.

Angka-angka ini menambahkan lagi keraguan para pelabur terhadap keadaan permintaan pemilik ekonomi kedua terbesar dunia ketika ini.

Keyakinan perniagaan Jepun dan pelan perbelanjaan kekal stabil pada bulan Disember, namun hasil tinjauan Tankan menunjukkan syarikat menjangkakan keadaan ini akan lebih buruk pada tiga bulan akan datang.

Di Eropah pula, zon Eropah memaparkan aktiviti perniagaan (sektor pembuatan atau perkhidmatan) paling lemah dalam tempoh empat tahun, menunjukkan pertumbuhan yang semakin perlahan di blok negara yang terlibat.

Bundesbank memberi amaran bahawa pertumbuhan di Jerman yang menjadi pemandu kepada ekonomi Eropah dijangka bergerak lebih perlahan pada tahun-tahun mendatang, menyokong kenyataan presiden ECB Mario Draghi pada keputusan dasar yang lalu.

Kelemahan di atas telah menghumban euro pada hari Jumaat, jatuh 0.67% berbanding dollar ke paras 1.1285 setakat jam 8 malam.

Dalam keadaan risk aversion, permintaan dollar sebagai safe haven kembali meningkat dengan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.55% kepada 97.60 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: