Kemelesatan GDP Q3 Australia Membenam AUD/USD Jatuh Ke Bawah Paras $0.73

Kemelesatan GDP Q3 Australia Membenam AUD/USD Jatuh Ke Bawah Paras $0.73

Sehingga jam 2.05 petang, AUD/USD didagang sekitar 0.7289, susut lebih 70 pips daripada paras tertinggi didorong oleh kelemahan data GDP Australia bag

Sehingga jam 2.05 petang, AUD/USD didagang sekitar 0.7289, susut lebih 70 pips daripada paras tertinggi didorong oleh kelemahan data GDP Australia bagi suku tahun ketiga. Pertumbuhan ekonomi Australia secara signifikan telah menurun setiap suku tahun.

Pada Q3, GDP hanya meningkat 0.3% dalam unjuran suku tahun ke suku tahun (QoQ), jatuh lebih rendah daripada ramalan ahli ekonomi yang melihat peningkatan 0.6%.

Angka tersebut menunjukkan kadar pertumbuhan telah bergerak lebih perlahan berbanding 0.9% pada suku tahun kedua (Q2) yang lalu.

Kejatuhan bacaan QoQ turut menyebabkan bacaan tahun ke tahun (YoY) sehingga bulan September susut daripada 3.3% kepada 2.8%.

Melihat kepada butiran yang dikeluarkan, penurunan hasil import menjadi punca kepada kelemahan pertumbuhan pada Q3, sementara perbelanjaan isirumah pula naik 0.3%, menyumbang 0.2% daripada pertumbuhan GDP.

Kadar pertumbuhan yang jatuh mendadak telah mengukukuhkan lagi pendirian RBA untuk terus mengekalkan kadar faedah di paras terendah 1.5% pada tahun 2019.

Secara teknikal bearish AUD/USD kini sedang menunju penurunan untuk empat hari berturut-turut namun terhad dengan bacaan PMI Perkhidmatan Caixin China yang lebih baik.

Menjelang ucapan Draghi dan data PMI Perkhidmatan UK, AUD/USD kini sedang menguji zon support harian 0.7290/80 dan jika berjaya ditembusi harga berpotensi turun ke paras 0.7250

0.7300 pula bertukar menjadi resistance terhampir sebelum harga dapat mendaki semula ke paras 0.7360 dan 0.7400

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: