Kemenangan China Melalui WTO Tidak Menghalang Trump Dari Terus Mencetuskan Konflik Perdagangan

Kemenangan China Melalui WTO Tidak Menghalang Trump Dari Terus Mencetuskan Konflik Perdagangan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam satu kenyataan semalam berkata bahawa beliau tidak menyedari keputusan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WT

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam satu kenyataan semalam berkata bahawa beliau tidak menyedari keputusan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) tentang konflik perdagangan dengan China dan akan menyemak semula hal tersebut.

WTO memutuskan bahawa AS telah melanggar undang-undang antarabangsa apabila mengenakan tarif lebih dari AS$ 234bilion ke atas ekport China.

Namun keputusan tersebut dilihat tidak begitu mengubah keadaan semasa perdagangan dan gagal menghalang Washington dari dasar perdagangan ‘America First’.

Trump juga mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak begitu menyukai dasar WTO yang mana telah mendakwa AS melanggar perundangan perdagangan global.

Apabila di soal tentang keputusan kerajaan AS terhadap keputusan WTO tersebut, Trump mengatakan bahawa beliau belum melihatnya.

“Oleh itu, kami akan melakukan sesuatu ke atas WTO kerana mereka telah membiarkan China berlepas diri dari pembunuhan”, tambah Trump.

Beliau juga mengatakan, “Kami akan lihat perkara tersebut. Namun saya bukanlah peminat WTO, itu yang boleh saya nyatakan sekarang. Mungkin tindakan mereka itu terbaik untuk kami”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: