Kemerosotan Hasil Eksport China Memaksa Pasaran Minyak Untuk Terus Berundur

Kemerosotan Hasil Eksport China Memaksa Pasaran Minyak Untuk Terus Berundur

Menurut data yang dikeluarkan pada hari ini, bukan sahaja import, hasil eksport China pada bulan Disember yang lalu turut merosot dengan kadar kejatuh

Menurut data yang dikeluarkan pada hari ini, bukan sahaja import, hasil eksport China pada bulan Disember yang lalu turut merosot dengan kadar kejatuhan terburuk dalam tempoh dua tahun.

Pengucupan dalam kedua-dua sektor tersebut mengisyaratkan kelemahan dan tekanan berterusan ke atas permintaan negara ekonomi kedua terbesar di dunia.

Hasil eksport China telah jatuh -4.4% dalam unjuran tahun ke tahun dengan permintaan pada hampir keseluruhan pasarna utama melemah.

Kadar import juga telah jatuh mendadak sebanyak -7.6%, penyusutan terburuk sejak Julai 2016 yang lalu.

Data yang meleset lebih teruk berbanding jangkaan telah meningkatkan lagi kebimbangan pasaran terhadap impak negatif ke atas ekonomi China selepas berhadapan dengan tarif import daripada AS.

Selain itu, apa yang membimbangkan pembuat dasar adalah lebihan dagangan terbesar berbanding AS yang telah dipamerkan oleh China pada tahun 2018 dimana akan mengeruhkan lagi konflik hubungan perdagangan kedua-dua buah negara.

Negara China merupakan pengguna minyak mentah kedua terbesar di dunia dan kesan daripada kemorosotan eksport di China, pasaran minyak dilihat terus berundur daripada harga tertinggi tahunan yang dicatat pada 10 Januari yang lalu.

Harga pasaran niaga hadapan WTI bagi bulan Februari didagang sekitar $51.04 per tong, susut -1.05% setakat jam 8.20 malam, sementara minyak Brent pula jatuh -0.94% kepada $59.91 per tong.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: