Kemunculan Potensi ‘Rate Cut’ RBA Seawal Bulan Oktober Menekan AUD/USD

Kemunculan Potensi ‘Rate Cut’ RBA Seawal Bulan Oktober Menekan AUD/USD

Pasangan matawang AUD/USD kehilangan momentum menaik apabila jangkaan untuk melihat pemotongan kadar faedah oleh Rizab Bank Australia seawal bulan Ok

Pasangan matawang AUD/USD kehilangan momentum menaik apabila jangkaan untuk melihat pemotongan kadar faedah oleh Rizab Bank Australia seawal bulan Oktober semakin meningkat.

AUD/USD masih didagang di bawah 0.6800 selepas jatuh ke paras terendah awal September yang lalu sekitar 0.6778, kekal di dalam trend bearish pada minggu ini.

Peratusan kemungkinan rate cut 25 mata asas bakal diumumkan oleh RBA pada Oktober hadapan melonjak berikutan data pekerjaan yang dikeluarkan oleh Australia pada hari Khamis yang lalu dimana kadar pegangguran naik kepada 5.3% sementara pekerjaan tetap menurun pada bulan Ogos.

Empat bank utama di Autralia iaitu Westpac, Bank Autralia New Zealand, Commonwealth Bank dan National Bank of Australia (NAB) kesemuanya menjangkakan rate cut pada bulan Oktober dan Disember, mengubah unjuran yang telah dilakukan sebelum ini iaitu pada bulan November dan Februari 2020.

Tambahan pula, hawkish cut Fed pada hari Rabu yang lalu turut memberi tekanan yang besar kepada semua matawang utama sehingga mengakibatkan AUD/USD kehilangan hampir 100 pips daripada pembukaan harga minggu ini.

Perbezaan padangan dikalangan ahli FOMC untuk meneruskan pelonggaran dasar dalam masa yang terdekat telah meningkatkan jangkaan bahawa Fed akan terus mengekalkan kadar mereka sepanjang tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: