Matawang tunggal EUR jatuh merudum pada hari Rabu yang lalu, menembusi paras kritikal 1.09 berbanding dolar AS dan kekal didagang mendatar sekitar 1.
Matawang tunggal EUR jatuh merudum pada hari Rabu yang lalu, menembusi paras kritikal 1.09 berbanding dolar AS dan kekal didagang mendatar sekitar 1.0871, paras terendah sejak Mei 2017 yang lalu.
Selain daripada kekuatan permintaan dolar AS, kekecewaan terhadap kelemahan data-data Eropah turut menjadi pendorong utama kepada kejatuhan EUR/USD.
Agensi statistik Euro, Eurostat pada hari Rabu yang lalu melaporkan penyusutan pengeluaran industri yang melebihi jangkaan pada bulan Disember, menyusut -2.1% (MoM) dan mengakibatkan bacaan tahun ke tahun (YoY) merosot sebanyak -4.1%
Dolar AS pula terus bangkit selepas keterangan hari kedua Pengerusi Fed Jerome Powell di hadapan jawatankuasa Kongres hanya memberikan harapan kecil kepada peluang rate cut di masa hadapan.
Powell mengatakan bank pusat bersedia untuk menggunakan Pelonggaran Kuantitatif (QE) yang agersif jika berlakunya kemerosotan.
Walau bagaimanapun, spekulasi telah berlakunya perubahan dovish pada pandangan Powell segera ditenggelamkan dengan kenyataan bahawa Fed belum melihat adanya sebarang risiko yang akan menganggu perkembangan semasa ekonomi.
Fokus pasaran kini tertumpu kepada bacaan akhir inflasi Jerman bagi bulan Januari yang mana dijangka selari dengan data awal yang dikeluarkan pada 30 Januari yang lalu.
Selain itu, para pelabur juga akan mengemas kini data inflasi CPI AS bagi bulan Januari yang akan dikeluarkan pada jam 9.30 malam bagi mencari peluang dagangan jangka masa pendek.
COMMENTS