Kenaikan Dolar Amerika Melemahkan Emas Di Asia

Kenaikan Dolar Amerika Melemahkan Emas Di Asia

Isnin, harga emas jatuh di pembukaan pasaran Asia selepas Dolar Amerika menunjukkan hasil yang kukuh selepas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe Berjaya

Isnin, harga emas jatuh di pembukaan pasaran Asia selepas Dolar Amerika menunjukkan hasil yang kukuh selepas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe Berjaya memenangi pilihan raya dengan itu menunjukan bahawa polisi mudah akan diteruskan.

Pasaran hadapan untuk Emas Disember turun 0.24% di New York dan didagangkan pada paras $1,277.39 satu troy auns.

Niat Donald Trump untuk membaik pulih kod cukai untuk menghapuskan halangan kritikal semalam telah melonjakkan Dolar Amerika dan menyebabkan komoditi nombor satu itu merosot.

Pada hari jumaat, Dolar Amerika menuruskan kenaikkan menyebabkan logam berharga kurang berupaya untuk menandingi matawang-matawang lain selepas ahli senat Republikan secara rasmi meluluskan langkah anggaran bajet dimana membolehkan mereka meneruskan pemotongan cukai tanpa sokongan daripada Demokrat.

Indeks Dolar Amerika menunjukkan kenaikan mingguan 0.69%, dimana ia merupakan minggu kelima kenaikkan didalam masa enam minggu. Peserta pasaran sebenarnya mengharapkan ransangan fiscal untuk meransang inflasi dengan itu meningkatkan tekanan kepada Fed untuk menaikkan kadar faedah dimana ia digelar sebagai “ Trumpflation “.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: