Kenyataan Hawkish RBA Tingkatkan Permintaan AUD Pada Hari Selasa

Kenyataan Hawkish RBA Tingkatkan Permintaan AUD Pada Hari Selasa

Pasangan matawang AUD/USD mencatat perubahan kecil selepas RBA seperti yang dijangkakan kekal dengan kadar faedah di rekod terendah 1.5%, namun mengub

Pasangan matawang AUD/USD mencatat perubahan kecil selepas RBA seperti yang dijangkakan kekal dengan kadar faedah di rekod terendah 1.5%, namun mengubah nada mereka terhadap isu perdagangan antarabangsa.

AUD/USD naik sekitar 17 pips atau 0.23% ke paras 0.7366 dan kekal di paras tertinggi harian setakat jam 1.10 petang.

Bank pusat RBA mengeaskan bahawa aktiviti perdagangan antarbangsa kembali mengukuh lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Selain itu mereka turut memansuhkan jangkaan yang mengatakan aktiviti perdagangan akan merosot dari semasa ke semasa.

Peningkatan AUD walau bagaimanapun terhad berikutan ulasan RBA yang masih bimbang dan berhati-hati dengan perkembangan pendapatan isi rumah, kadar hutang yang tinggi dan pertumbuhan pendapatan.

Mereka turut mengatakan bahawa perbelanjaan isi rumah terus menjadi sumber kepada ketidaktentuan kepada ekonomi.

Secara keseluruhan, kenyataan dasar RBA terkini telah mengubah jangkaan untuk melihat rate hike dijalankan pada tahun 2020.

Tambahan pula matawang ini tidak lagi digambarkan berada di dalam julat yang rendah sejak bulan November lalu.

Secara teknikal, bullish AUD/USD berpotensi menguji resistance di paras 0.7385 (R1), kemudian di paras 0.7420 (R2) dan 0.7455 (R3).

Support terhampir pula berada pada harga 0.7315 (S1), 0.7280 (S2) dan 0.7250 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: