Kenyataan Powell Menyemarakkan Permintaan Greenback (USD), Ini Sebabnya!

Kenyataan Powell Menyemarakkan Permintaan Greenback (USD), Ini Sebabnya!

Hari pertama bulan Mei memperlihatkan pemulihan yang besar dollar daripada kerugian hariannya, didagang tinggi selepas Pengerusi Fed Jerome Powell me

Hari pertama bulan Mei memperlihatkan pemulihan yang besar dollar daripada kerugian hariannya, didagang tinggi selepas Pengerusi Fed Jerome Powell mengeluarkan perkataan ‘pelonggaran’ daripada kenyataannya.

Beliau menyebut pendirian Fed ketika ini adalah sesuai dengan keadaan semasa dan bank pusat tidak melihat keperluan untuk mengubah dasar ke mana-mana arah.

Kenyataan FOMC pula menumpukan isu-isu yang negatif seperti inflasi yang rendah, perbelanjaan pengguna dan pelaburan perniagaan yang lemah.

Walaupun mengakui inflasi melemah, namun Powell berjaya memadamkan kebimbangan pelabur terhadap isu tersebut apabila mengatakan faktor yang mengakibatkan kelemahan hanyalah bersifat sementara.

Selain itu, beliau menjangkakan perbelanjaan pengguna serta pelaburan perniagaan akan kembali meningkat dengan mengatakan risiko daripada Brexit, Eropah dan China sejak bulan Mac lalu kini dilihat semakin seimbang.

Nada yang dilihat lebih hawkish daripada jangkaan telah memicu pembelian dollar, memadam semua kerugian harian berbanding matawang utama lain.

Menurut Kathy Lien, Pengarah Urusan BK Asset Management, dua faktor utama akan terus mengukuhkan kedudukan dollar iaitu pertama Powell jelas melihat bahawa ekonomi dalam keadaan separa penuh dan menjangkakan outlook akan semakin pulih berikutan kelemahan semakin pudar.

Kedua adalah tiadanya sebab untuk bercakap tentang ‘rate cut’ dan pandangan ini sangat berbeza dengan bank-bank pusat lain yang mengutarakan potensi dikenakan pemotongan kadar faedah bagi mengembalikan ransangan.

Kesimpulannya, perbezaan antara ekonomi dan dasar monetari menjadi punca pengukuhan dollar pada bulan April dan dijangka terus menjadi sumber kepada kekuatan dollar.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: