Kenyataan Presiden Fed St. Louis Menurunkan Potensi ‘Rate Cut’ Fed Yang Kedua Pada Bulan Ini

Kenyataan Presiden Fed St. Louis Menurunkan Potensi ‘Rate Cut’ Fed Yang Kedua Pada Bulan Ini

Presiden Fed St. Louis James Bullard telah mengeluarkan kenyataan yang menurunkan peratusan kemungkinan untuk rate cut terus diperkenalkan oleh Fed d

Presiden Fed St. Louis James Bullard telah mengeluarkan kenyataan yang menurunkan peratusan kemungkinan untuk rate cut terus diperkenalkan oleh Fed dalam masa yang terdekat.

Antara ulasan beliau adalah ahli FOMC tidak akan membuat sebarang dugaan awal terhadap keputusan mesyuarat bulan Mac yang akan berlansung kurang daripada 13 hari.

Bullard juga menyebutkan bahawa lebih banyak penilitian terhadap data akan dilakukan jika bank pusat ingin mengumumkan sebarang pemotongan yang baru.

Beliau menggesa supaya pasaran tidak terlalu menumpukan dan membuat spekulasi terhadap keputusan mesyuarat yang akan berlangsung pada 18 Mac tanpa sebarang maklumat baru.

Selain itu, Fed juga dikatakan mempunyai fleksibiliti untuk terus bertindak di dalam mesyuarat dalam keadaan pasaran bervolatiliti tinggi.

Bank pusat juga dilaporkan bersedia mengambil langkah yang sewajarnya jika impak penularan koronavirus mencapai tahap yang lebih serius.

Kenyataan Bullard disampaikan selepas Goldman Sachs mengeluarkan pandangan yang meningkatkan potensi rate cut pada pertemuan Fed pada 18 Mac hadapan.

Oleh itu, nada hawkish Bullard telah memberi pengaruh positif kepada kekuatan dolar AS dengan indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain sedikit memulih ke paras 97.37 mata, naik 0.23%

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: