Kepanikan & Ketakutan Menjadi Pemandu Utama Kepada Pergerakan Pasaran Kewangan

Kepanikan & Ketakutan Menjadi Pemandu Utama Kepada Pergerakan Pasaran Kewangan

Menjelang keputusan dasar Fed dan BoE, matawang dan ekuiti telah berhadapan penjualan besar-besaran pada hari Isnin yang lalu berikutan kebimbangan p

Menjelang keputusan dasar Fed dan BoE, matawang dan ekuiti telah berhadapan penjualan besar-besaran pada hari Isnin yang lalu berikutan kebimbangan pasaran terhadap impak negatif virus Wuhan kepada ekonomi China.

Peningkatan mendadak kes jangkitan dan jumlah kematian akibat coronavirus Wuhan turut menyebabkan nilai-nilai saham menyusut terutamanya saham pelancongan di AS. Saham Wall Street pada sesi yang lepas merekodkan penurunan terburuk sejak empat bulan yang lalu.

Tanpa sebarang kemajuan yang positif terhadap isu krisis virus Wuhan ini termasuk tanpa dorongan daripada Presiden Trump menerusi pemotongan cukai atau pemansuhan tarif China, kemerosotan terhadap pasaran ekuiti dan matawang dijangka berterusan.

Matawang sensitif risiko seperti AUD danNZD antara yang terkesan dengan perkembangan di Wuhan sehingga menyebabkan AUD/USD dan NZD/USD kedua-duanya jatuh ke paras terendah tahunan yang baru.

Jika wabak ini tidak dibendung lebih cepat sehingga menganggu kelancaran aktiviti ekonomi China, kedua-dua faktor ini akan mendorong bank pusat Australia (RBA) untuk melakukan pemotongan kadar faedah pada pertemuan yang akan datang.

Berbeza dengan safa haven Yen, dengan dorongan mood risk-off di dalam pasaran, permintaan Yen yang mengukuha telah menyebabkan JPY didagang lebih tinggi berbanding kesemua matawang utama yang lain.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: