Keputusan Fed Selari Dengan Jangkaan, Namun Gagal Menarik Perhatian

Keputusan Fed Selari Dengan Jangkaan, Namun Gagal Menarik Perhatian

Keputusan mesyuarat dasar Fed awal pagi tadi gagal menarik perhatian para pelabur. Unjuran ekonomi terbaru menunjukkan jangkaan penyusutan KDNK oleh

Keputusan mesyuarat dasar Fed awal pagi tadi gagal menarik perhatian para pelabur. Unjuran ekonomi terbaru menunjukkan jangkaan penyusutan KDNK oleh FOMC pada tahun ini adalah lebih kecil berbanding jangkaan 6.5% yang lalu.

Kadar pengangguran sehingga akhir tahun pula dijangka perada sekitar paras 7.6%, lebih rendah berbanding unjuran 9.3% yang dikeluarkan pada bulan yang lepas.

Powell pula telah menyusun kenyataan rasminya sesuai dengan perubahan rangka kerja yang terbaru kepada sasaran purata inflasi.

Kadar faedah dijangka kekal sehingga tahun 2021, sementara inflasi pula diunjurkan jatuh dari 1.5% kepada 1.0% pada tahun ini.

Walaupun dasar masih dikekalkan, ahli FOMC tetap mengambil sikap terbuka untuk mengubah polisi kewangan jika diperlukan di masa hadapan.

Tiada sebarang perubahan yang signifikan ke atas pertukaran matawang selepas keputusan mesyuarat di atas dengan USD sedikit mengukuh berbanding matawang utama yang lain.

Hal ini kerana para pelabur lebih menumpukan kepada berita berkaitan Brexit dan keputusan parlimen Jepun mengenai pelantikan PM mereka yang baru.

GBP/USD mengukuh ke paras 1.300 sebelum tutup sekitar 1.2960 pada sesi dagangan yang lalu, didorong oleh penawaran konsesi perikanan UK dalam sesi rundingan perdagangan bersama EU, yang mana merupakan salah satu isu utama yang menghalang kelancaran perbincangan dalam beberapa bulan terakhir.

USD/JPY pula menjunam ke bawah paras 105 dan kekal dengan momentum bearish selepas parlimen Jepun secara rasmi melantik Yoshihide Suga sebagai PM yang baru, menghilangkan sementara waktu kebimbangan pasaran terhadap kegoyahan dasar ekonomi Abe.

Harga emas pula merosot apabila Fed mengesahkan tiada lagi ransangan untuk jangka masa terdekat, bertahan di paras yang dikenali sekitar $1,995.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: