Keputusan Penangguhan Tarikh Brexit Di EU Menjadi Pemicu Yang Kritikal Kepada Pergerakan Pound

Keputusan Penangguhan Tarikh Brexit Di EU Menjadi Pemicu Yang Kritikal Kepada Pergerakan Pound

Kesatuan Eropah akan memutuskan isu penangguhan tarikh Brexit pada hari Isnin atau Selasa selepas PM UK Boris Johnson telah gagal meluluskan syarat p

Kesatuan Eropah akan memutuskan isu penangguhan tarikh Brexit pada hari Isnin atau Selasa selepas PM UK Boris Johnson telah gagal meluluskan syarat perjanjian terbaru di parlimen sebelum 31 Oktober.

Namun dewan parlimen UK telah meluluskan satu pindaan yang memaksa Johnson untuk memohon lanjutan tarikh akhir Brexit bagi mengurangkan risiko berlakunya peralihan tanpa perjanjian.

Sementara Johnson pada minggu lalu telah mencadangkan supaya diadakan pilihan raya umum pada 12 Disember dengan harapan dapat mengembalikan majoriti sokongan lebih awal ke atas syarat perjanjian Brexit yang telah dibentangkan walaupun terpaksa menangguhkan tarikh peralihan.

Ahli parlimen UK akan mengadakan undian ke atas usul ‘snap election’ pada hari ini dan dijangka gagal kerana kebanyakkan daripada pihak pembangkang telah mengatakan sama ada mereka tidak akan hadir atau akan menolak cadangan tersebut.

Pound kini menempuh jalan yang berliku dan kemajuan isu Brexit menjelang tarikh peralihan yang asal (31 Oktober) menjadi pemicu yang kritikal kepada pergerakan seterusnya.

GBP/USD telah melonjak sekitar 6% hasil daripada sentimen terhadap isu Brexit dan paras 1.3000 menjadi sasaran yang penting kepada para pembeli pound sebelum naik menguji harga tertinggi bulan Mei 1.3020.

Jika momentum bullish dapat menawan dan melepasi kedudukan 1.3300 (zon tertinggi bagi bulan Mac), harga berpotensi naik menuju paras 1.3640, harga tertinggi bulan September 2017.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: