Kerajaan Mempunyai Ruang Fiskal, Paras Hutang Masih Terkawal – Tengku Zafrul

Kerajaan Mempunyai Ruang Fiskal, Paras Hutang Masih Terkawal – Tengku Zafrul

Kerajaan telah meluluskan sehingga RM12.76 bilion di bawah Program Subsidi Upah (PSU) setakat 5 Februari 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Se

Kerajaan telah meluluskan sehingga RM12.76 bilion di bawah Program Subsidi Upah (PSU) setakat 5 Februari 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata sejumlah 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima faedah di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Pemulihan Ekonomi Nasional (PENJANA) pada PSU 1.0 yang tamat pada 30 September

“Bagi PSU 2.0 di bawah KITA PRIHATIN, sebanyak RM770.31 milion telah disalurkan kepada 65,398 majikan untuk membolehkan mereka terus beroperasi dan mengekalkan 534,183 kakitangan”, tambah beliau.

“Kerajaan sedar bahawa bantuan tunai sahaja belum mencukupi.Oleh itu, di bawah strategi Menjana dan Mengekalkan Pekerjaan, beberapa langkah telah diambil melalui kerjasama erat antara kerajaan dan industri,” kata Zafrul dalam Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-41 hari ini.

Mengulas tentang paras hutang negara, Zafrul berkata setakat akhir Disember 2020 paras hutang kerajaan ialah 58 peratus daripada KDNK, masih di bawah had statutori 60 peratus KDNK yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu katanya, kerajaan mempunyai ruang fiskal untuk terus membantu rakyat, menyokong perniagaan dan mengukuhkan ekonomi Malaysia dalam tahun 2021.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: