Kerajaan Menjangkakan Tahap Produktiviti Akan Meningkat Tidak Lama Lagi

Kerajaan Menjangkakan Tahap Produktiviti Akan Meningkat Tidak Lama Lagi

Kerajaan Malaysia menjangkakan lebih banyak perniagaan akan dibuka pada minggu hadapan dan tahap produktiviti akan kembali bersambung sepenuhnya pada

Kerajaan Malaysia menjangkakan lebih banyak perniagaan akan dibuka pada minggu hadapan dan tahap produktiviti akan kembali bersambung sepenuhnya pada minggu-minggu kehadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hal ini akan memastikan pekerjaan terjaga dan perniagaan berjalan seperti biasa sehingga ekonomi kembali stabil.

Datuk Mustapa berkata, Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) sedang berkerjasama dengan semua pihak berkepentingan di samping meneliti data semasa bagi menentukan rancangan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang kepada negara.

“Kami perlu memastikan perniagaan dapat bertindak balas dengan cepat terhadap keputusan yang diambil oleh kerajaan”, jelas beliau dalam webinar bertajuk ‘Growing Business Against the Tides of Disruptions’ dianjurkan oleh Le NouveauPro Sdn Bhd pada hari ini.

Beliau juga menyebut kerajaan sedang menumpukan fokus mereka kepada penyelesaian masalah melalui interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, sambil memastikan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan domestik terus berkembang, sekaligus meningkatkan keyakinan pengguna.

Pelan jangka panjang negara dijangka akan diumumkan sekitar tiga atau empat bulan berikutan agensi-agensi kerajaan sedang meneliti langkah-langkah untuk menangani cabaran yang sedang dihadapi oleh pelbagai sektor ekonomi.

Datuk Mustafa juga mengatakan EAC yang kini menjadi badan pembuat keputusan, mengakui bahwa negara sedang berada dalam keadaan kemelesetan dan memerlukan reformasi struktur di sektor-sektor tertentu.

“Ketika sedang berada dalam realiti yang baru, kami juga mendapati beberapa perusahaan kecil dan sederhana telah berubah ke arah digital sepenuhnya.

“Kami perlu mempertimbangkan perubahan ini dan memasukkannya ke dalam rancangan jangka panjang kami,” ujar beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: