Kerajaan secara dasar bersetuju dengan cadangan FELDA untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion. Perdana Menteri, Tan S
Kerajaan secara dasar bersetuju dengan cadangan FELDA untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pelupusan itu akan dilaksanakan melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat, terutama bagi generasi awal yang berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah itu dijayakan.
Beliau berkata, pelupusan sebahagian hutang peneroka itu akan memudah cara proses penjanaan semula atau ‘restart’ FELDA, bagi mengembalikan kedudukannya sebagai sebuah syarikat perladangan terulung dunia.
Menerusi teks ucapan sambutan Hari Peneroka FELDA 2021, Perdana menteri berkata, dengan inisiatif yang diperkenalkan, bebanan pinjaman yang ditanggung peneroka akan berkurangan sebanyak purata 80 peratus setiap peneroka.
“Purata bayaran balik pinjaman pula dijangka berkurangan daripada sekitar RM800 – RM1000, kepada hanya RM250 – RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan serendah RM150 bagi peneroka getah iaitu satu kadar yang sangat munasabah dan mampu dibayar oleh mereka.
“Saya berharap dengan usaha yang diambil oleh Kerajaan ini, ia akan menjadi titik tolak atau ‘reset button’ untuk warga peneroka di seluruh negara menjadi lebih bersemangat dan lebih fokus dalam melipatgandakan hasil serta pendapatan mereka.” jelas Muhyiddin.
COMMENTS