Kerajaan UK Mengumumkan Pakej Rangsangan Sektor Perumahan Baru

Kerajaan UK Mengumumkan Pakej Rangsangan Sektor Perumahan Baru

Hari ini, dalam Persidangan Tahunan Parti Konservatif, Parti Pemerintah UK, Kerajaan UK telah mengumumkan pakej rangsangan sebesar 5 Bilion Pound Ster

Hari ini, dalam Persidangan Tahunan Parti Konservatif, Parti Pemerintah UK, Kerajaan UK telah mengumumkan pakej rangsangan sebesar 5 Bilion Pound Sterling bagi merangsang sektor perumahan

 

5 bilion itu dibahagikan kepada beberapa bahagian. 1 billion bagi kemudahan kewangan jangka pendek bagi syarikat pembinaan projek perumahan dan 2 bilion lagi bagi kemudahan kewangan jangka panjang bagi projek infrastruktur jangka panjang.

 

Pakej rangsangan perumahan terbaru ini diunjurkan dapat memenuhi sehingga 25,000 buah rumah sehingga 2020. Dalam pada masa sama kerajaan pemerintah juga akan membuka tanah awam bagi tambahan 15,000 lagi rumah pada tempah masa sama.

 

Bagaimana ini dapat mempengaruhi pound sterling? Pada pendapat saya, dengan pakej rangsangan perumahan ini, syarikat-syarikat pembinaan perumahan dapat menjana lebih keuntungan lalu pungutan cukai sektor pembinaan dapat ditingkatkan. Dari segi modal insan pula, pekerja-pekerja yang terlibat dalam sektor ini dapat meningkatkan pendapatan isi rumah atau setidaknya dapat menjanakan sedikit perkerjaan baru dalam sektor pembinaan dalam tempoh rangsangan itu.

 

Pusingan wang dalam UK juga dapat ditingkatkan lalu meningkatkan sedikit kuasa beli bagi mereka yang terlibat dalam sektor pembinaan dan infrastruktur ini. Langkah kerajaan UK ini dilihat langkah bijak bagi mengurangkan tekanan sentimen jualan Pound Sterling selepas referendum Brexit. Dijangka UK keluar sepenuhnya dari EU paling lewat pada tahun 2019

 

Wallahualam..

 

[Penafian: Ini adalah pandangan peribadi penulis , tidak semestinya menggambarkan pandangan umum. Semoga bermunafaat]

 

rtsi0jz

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: