Kerjasama Petronas-Microsoft Perkasa Ekonomi Digital Negara

Kerjasama Petronas-Microsoft Perkasa Ekonomi Digital Negara

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Microsoft Corp telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkasakan transformasi digital di s

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Microsoft Corp telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkasakan transformasi digital di sektor awam dan swasta.

Petronas dalam siaran akhbar yang dikeluarkan semalam berkata bahawa kerjasama itu akan menumpukan pada bidang asas digital yang utama, merangkumi peningkatan bakat dan kesediaan infrastruktur untuk pembangunan negara.

Presiden dan juga CEO kumpulan, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata kerjsama dengan Microsoft menunjukkan komitmen kumpulan itu untuk memupuk saluran tenaga kerja berkekalan bagi menyokong ekonomi digital negara.

“Pembangunan modal insan yang berterusan akan menjadi komponen kemampuan kita untuk beroperasi dan bersaing.

“Kami berharap dapat mempercepat usaha dalam meningkatkan bakat tempatan, dengan tujuan untuk menciptakan masa depan digital yang inklusif untuk kepentingan rakyat dan negara,” jelas beliau.

MoU itu telah diumumkan semasa pelancaran inisiatif Microsoft Bersama Malaysia pada 19 April lalu, satu insiatif yang menyokong matlamat MyDigital negara untuk mengubah Malaysia menjadi peneraju dalam ekonomi digital serantau.

Sementara itu, ketua pegawai digital Aadrin Azly pula berkata bahawa kumpulan itu berkomitmen untuk terus meningkatkan tenaga kerja baik di dalam Petronas, mahupun ekosistem dengan Microsoft melalui Petronas Digital Academy.

“Visi kami adalah untuk mengembangkan sistem pembelajaran digital yang terhubung yang dapat memperkasakan tenaga kerja negara,” katanya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: