Kesan Buruk Tarif AS Ke Atas Syarikat-Syarikat China Semakin Terbukti

Kesan Buruk Tarif AS Ke Atas Syarikat-Syarikat China Semakin Terbukti

Tekanan ke atas ekonomi China akibat tarif AS semakin terbukti apabila data-data terkini menunjukkan agregat keuntungan industri jatuh 9.9% pada bula

Tekanan ke atas ekonomi China akibat tarif AS semakin terbukti apabila data-data terkini menunjukkan agregat keuntungan industri jatuh 9.9% pada bulan Oktober dalam unjuran tahun ke tahun.

Kadar tersebut merupakan penurunan terpantas yang dihadapi oleh China sejak mula menyusun data-data tersebut pada tahun 2011 yang lalu.

Angka ini juga dikeluarkan selepas AS melaporkan penyusutan terbesar pada defisit dagangan mereka tahun ini.

Melihat kepada data secara menyeluruh, penganalisis daripada ING menegaskan bahawa berlakunya perbezaan yang ketara pada setiap sektor dengan progres sektor berkaitan perdagangan dilihat lebih buruk berbanding infrastruktur.

Selain itu, syarikat yang memperdagangkan serat kimia, automotif, kertas dan tekstil kesemuanya juga menghadapi tekanan sementara keuntungan syarikat perlombongan serta syarikat yang tidak berkaitan dengan automotif pula meningkat dua kali ganda.

Pasaran walau bagaimanapun mengepikan kelemahan laporan di atas berikutan komen-komen positif yang dikeluarkan oleh ketua bagi kedua-dua negara berkaitan rundingan perdagangan telah meningkatkan keyakinan para pelabur untuk melihat konflik ini tamat dalam masa yang terdekat.

Sentimen yang memulih juga mendorong saham Wall Street untuk dibuka lebih tinggi pada malam ini dengan Dow Futures naik 21 mata, S&P 500 dan Nasdaq Futures kedua-duanya naik 0.2% setakat jam 8.05 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: