Kesan Geopolitik Terus Pengaruhi Pergerakan Dollar & Yen

Kesan Geopolitik Terus Pengaruhi Pergerakan Dollar & Yen

USD kekal rendah pada sesi dagangan Eropah hari Isnin, jatuh berbanding euro dan pound dan menutup sebahagian keuntungan yang diperoleh pada minggu la

USD kekal rendah pada sesi dagangan Eropah hari Isnin, jatuh berbanding euro dan pound dan menutup sebahagian keuntungan yang diperoleh pada minggu lalu.

Lonjakan indeks USD ke paras tertinggi tahunan 94.21 pada hari Jumaat telah menjadikan dollar sebagai matawang kedua terkuat selepas JPY sepanjang minggu lalu.

Namun sejak awal pagi, pegangan matawang safe haven JPY dan USD semakin menyusut didorong oleh perkembangan positif sidang kemuncak AS-Korea Utara yang bakal berlansung bulan hadapan. Indeks USD kini jatuh 0.24% kepada 93.98 mata setakat jam 3.55 petang.

Presiden Trump dilihat bersetuju untuk meneruskan sidang kemuncak yang bakal diadakan di Singapura pada 12 Jun hadapan walaupun beliau secara tiba-tiba telah membatalkan pertemuan bersama Kim Jong-un pada hari Khamis lalu.

Berkata Trump menerusi laman Twitter pada hari Ahad lalu, “Wakil AS telah tiba di Korea Utara untuk membuat persiapan Sidang Kemuncak antara saya dan Kim Jong-un”.

Beliau turut mengutarakan keyakinan terhadap potensi Korea Utara untuk bangun menjadi salah satu negara yang mempunyai ekonomi dan kewangan yang hebat.

Menurut kenyataan Presiden Korea Selatan, Moon Jae in, selepas bertemu dengan ketua negara Korea Utara, Kim Jong Un menyatakan keinginan beliau untuk meneruskan rundingan bersama AS dan menjelaskan bahawa Pyongyang komited untuk menamatkan program nukelar negera mereka.

Moon turut mengatakan bahawa Kim berhasrat untuk menamatkan sejarah peperangan dan memberi bekerjasama untuk membawa keamaan dan kemakmuran menerusi rundingan di sidang kemuncak nanti.

Tanpa sebarang data, kesan geopolitik terus mempengaruhi pergerakan dollar dan yen dan sentimen risk-on dilihat kembali menguasai pasaran pada hari Isnin.

Para pelabur USD walau bagaimanapun akan terus mengemas kini data-data ekonomi AS yang dikeluarkan bermula hari Selasa terutamanya laporan KDNK Q1 dan NFP bagi menentukan pergerakan jangka masa panjang dollar yang lebih jelas.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: