rubel-russian-pipeline

Kesepakatan Menyekat Minyak Rusia Belum Tercapai, EU Teruskan Perbincangan Pada Hari ini

EU gagal mencapai kesepakatan mengenai embargo minyak Rusia semalam, namun akan meneruskan perbincangan mengenainya menjelang persidangan dua hari yang akan bermula pada petang ini.

Bagaimanapun, seorang diplomat kanan EU berkata “masih terlalu banyak butiran perlu diselesaikan” sebelum ketua-ketua EU berkumpul di Brussels pada petang Isnin.

Sekatan yang dicadangkan ke atas import minyak adalah sebahagian daripada pakej sekatan keenam EU ke atas Rusia akibat pencerobohannya di Ukraine.

Pakej itu termasuk menyekat bank terbesar Rusia, Sberbank SBMX.MM, daripada sistem pemesejan SWIFT, melarang penyiar Rusia daripada EU dan menambahkan lebih ramai senarai individu yang akan dibekukan asetnya serta dilarang memasuki EU.

Hungray bagaimanapun membantan kerana sekatan minyak akan memberi kesan yang sangat besar kepada ekonomi negara berikutan kesukaran untuk menggantikannya.

Kebimbangan yang sama turut diutarakan oleh Slovakian dan Czech Republic walaupun perbincangan isu ini telah berlanjutan hampir sebulan tanpa sebarang kemajuan.

Anggota negara EU sangat menginginkan satu kesepakatan dapat di capai pada persidangan kali ini untuk mengelakkan kelihatan berpecah-belah dalam tindak balas mereka ke atas Moscow.

Bagi mengelakkan kebuntuan, Suruhanjaya Eropah mencadangkan supaya sekatan itu hanya dikenakan ke atas minyak Rusia yang dibawa masuk ke Eropah menggunakan lori tangki.

Cadangan ini sekali gus membolehkan Hungary, Slovakia dan Czechia untuk terus menerima minyak Rusia mereka melalui saluran paip Druzhba Rusia untuk satu tempoh sehingga bekalan alternatif dapat diuruskan.

Hungary menyokong cadangan tersebut, namun keputusan masih tergendala dengan permintaan Hungray untuk meningkatkan kapasiti saluran paip minyaknya dari Crotia dan menukar kilang penapisannya daripada menggunakan minyak mentah Ural Rusia kepada minyak mentah Brent.

Para diplomat EU akan meneruskan perbincangan mengenai isu tersebut pada hari ini, termasuk tentang bagaimana untuk memastikan persaingan yang adil memandangkan harga yang lebih tinggi yang akan dihadapi oleh negara anggota yang bergantung kepada minyak mentah Brent yang dihantar akibat daripada sekatan itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *