Ketegangan Di Timur Tengah & Pemotongan Bekalan OPEC Imbangi Kebimbangan Isu Perdagangan, Menghentikan Kemunduran Pasaran Minyak

Ketegangan Di Timur Tengah & Pemotongan Bekalan OPEC Imbangi Kebimbangan Isu Perdagangan, Menghentikan Kemunduran Pasaran Minyak

Harga minyak kembali ke paras $69 per tong pada hari Isnin, disokong oleh ketegangan yang sedang melanda Timur Tengah dan serta pemotongan bekalan be

Harga minyak kembali ke paras $69 per tong pada hari Isnin, disokong oleh ketegangan yang sedang melanda Timur Tengah dan serta pemotongan bekalan berterusan oleh OPEC.

Dua faktor utama, perjanjian pemotongan bekalan minyak oleh OPEC dan sekutunya dan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh AS ke atas Iran telah mengakibatkan minyak antarabangsa Brent naik 29% pada tahun ini.

Selain itu, hubungan antara AS dan Iran juga semakin tegang apabila Washington mengumumkan pada hari Jumaat lalu bahawa mereka akan mengerah lebih banyak tentera ke Timur Tengah.

Namun begitu, kedua-dua harga futures, Brent dan WTI mencatat penurunan mingguan terbesar pada minggu lalu dan penganalisis melihat kebimbangan terhadap ekonomi global menjadi satu-satunya faktor yang menghalang bullish dan pemulihan pasaran minyak.

Penutupan dua pasaran utama UK dan AS telah menyebabkan volume dagangan yang kecil pada hari Isnin dan menghalang penerusan momentum sell-off pasaran minyak.

Sehingga jam 1.30 pagi, futures Brent kembali naik $1.21 atau 1.79% kepada $68.68 per tong sementara futures minyak WTI naik sekitar 62 sen kepada $59.25 setong.

Secara keseluruhannya, pemotongan output yang diketuai OPEC serta sekatan ke atas ahli OPEC, Iran dan Venezuela untuk mengeksport minyak telah menambahkan lagi pengurangan pada bekalan minyak global.

Keadaan ini menunjukkan OPEC tidak perlu tergesa-gesa untuk terus menghadkan pengeluaran mereka pada mesyuarat dasar bulan Jun hadapan dan menteri minyak Kuwait berkata pasaran dijangka akan kembali seimbang pada akhir tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: