Ketegangan Geopolitik & Mukadimah Perang Dunia Ke-3, Emas dan Yen Jadi Tumpuan

Ketegangan Geopolitik & Mukadimah Perang Dunia Ke-3, Emas dan Yen Jadi Tumpuan

Belian Emas dan Yen, menjadi agresif dalam tempoh 12 jam yang lepas setelah pasaran menjadi sedikit gusar dengan perkembangan terkini di Syiria dan Ko

Belian Emas dan Yen, menjadi agresif dalam tempoh 12 jam yang lepas setelah pasaran menjadi sedikit gusar dengan perkembangan terkini di Syiria dan Korea Utara. Tweet dari Donald Trump malam semalam membolehkan Emas dan Yen terus melonjak tinggi ke paras tertinggi pada tahun ini.

Ketegangan AS – Korea Utara semakin meningkat sejurus selepas AS melancarkan serangan ke atas kem ketenteraan Syria di bawah kepimpinan Basyar Al Assad. Ia merupakan tindak balas Amerika terhadap serangan pesawat udara Syiria yang telah mengorbankan puluhan rakyat awam termasuk kanak-kanak akibat senjata kimia.

Russia dan Iran pula adalah sekutu kuat Syiria yang turut mengecam tindakan AS pada ketika ini, berikutan serangan itu jugalah Iran mengancam untuk melancarkan nuklear mereka ke arah Israel. Rex Tillerson, Setiusaha Negara AS sekarang ini berada di dalam kunjungan rasmi beliau ke Kremlin untuk bertemu dengan rakan sejawatnya, pasti bakal membawa lebih maklumat tentang ketegangan ini.

Beberapa jam yang lalu juga, armada perang AS yang mengangkut kapal perang udara mereka dilihat menuju ke arah utara Asia berdekatan dengan perairan korea. China dan Korea Selatan dilihat bakal menyebelahi AS jika berlakunya perang, walaupun dari sudut hubungan perdagangan, China adalah rakan rapat Korea Utara. Beberapa kapal dilihat telah pulang ke pelabuhan Korea Utara selepas China mengarahkan pemberhentian kemasukan arang batu dari Korea Utara.

Pilihanraya Perancis juga memberi ruang pada Emas dan Yen untuk terus mengukuh melewati Eropah. Jom Kita lihat ‘Fear & Greed Index’ semasa ketika ini, nyata pasaran berada di dalam ketakutan lantas menjurus ke arah pembelian ‘safe haven’. Mungkin ianya akan berlarutan sehingga minggu depan, dan kemungkinan lebih meningkat jika situasi geopolitik ini tidak beransur pulih.

“Adakah ini merupakan mukadimah perang dunia ke-3? Mungkin sahaja, namun ia bukan tugas kita untuk menentukan. Allah lebih mengetahui segala aturan dunia, maka pilihlah jalan yang benar dan diredhaiNya. Kita hanya mampu merancang, Dia yang Esa sahaja penentu bagi segalanya”

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: