Ketegangan Hubungan Perdagangan AS & EU Memicu Penjualan EUR Pada Hari Selasa

Ketegangan Hubungan Perdagangan AS & EU Memicu Penjualan EUR Pada Hari Selasa

Kegagalan EUR/USD melepasi harga 1.1145 pada hari Isnin walaupun dengan mood pasaran yang lebih positif telah mendorong pasangan matawang ini untuk k

Kegagalan EUR/USD melepasi harga 1.1145 pada hari Isnin walaupun dengan mood pasaran yang lebih positif telah mendorong pasangan matawang ini untuk kekal di dalam julat intraday sepanjang hari Selasa.

Antara faktor yang mendorong penjualan EUR adalah skeptikal pasaran terhadap laporan yang mengatakan bahawa Pesuruhjaya Perdagangan EU Phil Hogan sedang berlepas ke Washington bagi mengadakan pertemuan bersama Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer.

Dasar protectionist Hogan telah menyebabkan pasaran memandang pertemuan tersebut hanya akan mengeruhkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara, terutamanya selepas Presiden Trump mengancam untuk membalas cukai yang dikenakan oleh Perancis ke atas syarikat-syarikat AS.

White House juga telah mengumumkan bahawa mereka akan bertindak memasukkan Switzerland ke dalam senarai pemantauan negara pemanipulasi matawang.

Kejatuhan EUR/USD walau bagaimanapun dilihat terhenti sekitar 1.1110 berikutan data inflasi CPI AS yang kurang memberansangkan. Sehingga jam 10.50 malam, EUR/USD telah berundur ke paras 1.1115, susut -0.17%.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: