Ketegangan Konflik Di Hong Kong Melemahkan Sentimen, Memaksa Pasaran Minyak Berundur Pada Hari Isnin

Ketegangan Konflik Di Hong Kong Melemahkan Sentimen, Memaksa Pasaran Minyak Berundur Pada Hari Isnin

Harga minyak bergerak ke paras yang lebih rendah pada hari Isnin apabila para pembeli berhadapan kesukaran untuk meneruskan peningkatan yang terbentu

Harga minyak bergerak ke paras yang lebih rendah pada hari Isnin apabila para pembeli berhadapan kesukaran untuk meneruskan peningkatan yang terbentuk oleh optimis pelabur terhadap prospek perjanjian perdagangan AS dan China pada minggu lalu.

Hal ini kerana ketegangan isu pertempuran antara pelajar dan polis di Hong Kong pada hari ini menimbulkan kebimbangan dikalangan pelabur tentang kelancaran rundingan perjanjian fasa pertama AS-China yang dilaporkan telah menjalani perbincangan yang konstruktif pada hari Sabtu yang lalu.

Sehingga jam 10.55 malam, kontrak futures minyak WTI bagi bulan Disember di NYMEX jatuh 65 sen kepada $57.18 setong, sementara harga Brent pula susut 70 sen kepada $62.60 setong.

Secara keseluruhannya, pasaran minyak dilihat bergerak selari dengan pasaran ekuiti dan turut mencatat peningkatan yang signifikan sejak beberapa minggu yang lalu.

Kesediaan bank pusat China untuk bertindak menangani kelembapan pertumbuhan ekonomi mereka dengan menurunkan kadar faedah pinjaman dilihat menjadi faktor yang memulihkan keyakinan para pelabur terhadap permintaan minyak diperingkat global.

OPEC pada hari Khamis menjangkakan permintaan minyak mereka akan menurun pad atahun 2020, menjadikannya sebagai alasan untuk mereka mengekalkan had pengeluaran minyak bagi menangani masalah lebihan bekalan.

Mereka dan Rusia dijangka akan meneruskan perbincangan mengenai dasar output yang bakal tamat pada Mac 2020 di Vienna pada 5 dan 6 Disember hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: