Menjelang penutupan pasaran Asia, harga minyak mentah masih dilihat melemah selepas momentum kenaikkan selama lebih kurang dua minggu. Data eksport pr
Menjelang penutupan pasaran Asia, harga minyak mentah masih dilihat melemah selepas momentum kenaikkan selama lebih kurang dua minggu. Data eksport produk minyak bertapis daripada China juga menambah tekanan penurunan harga Emas Hitam ini.
Menjelang mesyuarat seterusnya OPEC, pakar kewangan masih lagi belum yakin mesyuarat itu nanti akan mencapai kata sepakat kawalan lebihan pengeluaran walaupun Russia sudah menyatakan komitmenya.
Data eksport Diesel dan Petrol dariada China menunjukkan peningkatan 181.8% dan 145.2% berbanding tempoh sama 2015. Data ini terlalu tinggi dan dilihat tidak menyenangkan para pelabur dalam pasaran.
Brent Crude Futures susut 1.87% manakala WTI Crude Futures jatuh 1.73% secara puratanya.
Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang
COMMENTS