Ketidaktentuan Brexit Menyekat Bullish GBP/USD

Ketidaktentuan Brexit Menyekat Bullish GBP/USD

Pasangan matawang GBP/USD berbelah bahagi antara ketidakupayaan UK menyediakan halatuju Brexit yang jelas dengan kelemahan yang sedang dihadapi oleh

Pasangan matawang GBP/USD berbelah bahagi antara ketidakupayaan UK menyediakan halatuju Brexit yang jelas dengan kelemahan yang sedang dihadapi oleh dollar.

Hasil bon 10-tahun UK telah jatuh ke bawah 1% buat pertama kali sejak tahun 2017 berikutan ahli parlimen dilaporkan masih merancang untuk menolak usul Brexit yang akan dibentangkan oleh May

Ahli parlimen UK dilihat memihak kepada usul yang akan memberikan dewan lebih banyak hak dan kelebihan berbanding kerajaan ke atas isu Brexit.

Usul yang dikenali sebagai pindaan Letwin akan dibentangkan pada hari Rabu dan bakal meningkatkan tekanan ke atas PM UK Theresa May

Sementara ketidaktentuan Brexit terus menjadi cabaran kepada pelabur pound, namun kekurangan data UK menyebabkan fokus tertumpu kepada dinamik pergerakan dollar menerusi laporan sektor perumahan dan statistik keyakinan pengguna yang akan diterbitkan pada malam ini.

GBP/USD sehingga jam 2.25 petang didagang sekitar 1.3182, susut 20 pips atau -0.16%

Secara teknikal, support terhampir berada pada paras 1.3170. Kemudian penembusan harga 1.3080 yang akan memberi keselesaan kepada ‘bear’ trader untuk bergerak lebih rendah.

1.3230 (R1) pula menjadi zon resistance terdekat dan jika momentum menaik berjaya memecahkan zon tersebut, harga berpotensi untuk terus naik ke paras 1.3300 (R2), kemudian ke paras 1.3380 (R3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: