Ketua Hong Kong Dakwa AS Pilih Kasih Dalam Reaksi Mereka Ke Atas Rusuhan

Ketua Hong Kong Dakwa AS Pilih Kasih Dalam Reaksi Mereka Ke Atas Rusuhan

Pemimpin Eksekutif Hong Kong Carrie Lam ketika mengulas tentang protes keganasan anti-polis di Amerika Syarikat mendakwa pihak pemerintahan asing "me

Pemimpin Eksekutif Hong Kong Carrie Lam ketika mengulas tentang protes keganasan anti-polis di Amerika Syarikat mendakwa pihak pemerintahan asing “memilih kasih” dalam reaksi mereka terhadap rancangan Beijing untuk mengenakan undang-undang keselamatan negara ke atas bandar tersebut.

Dalam penampilan pertamanya setelah Washington mengatakan bahawa mereka akan menghapus hak istimewa Hong Kong dalam undang-undang AS sebagai tindak balas terhadap cadangan Beijing, Lam memberi amaran bahawa tindakan tersebut berpotensi merosakkan kepentingan mereka sendiri.

“Mereka sangat prihatin terhadap keselamatan negara mereka sendiri, tetapi mengenai keselamatan negara kita … mereka melihat melalui kaca mata gelap,” kata Lam pada sidang akhbar mingguan.

Hilangnya kesabaran terhadap penunjukkan perasaan pro-demokrasi berskala besar di Hong Kong telah meletakkan bandar yang diperintah oleh China itu ke dalam krisis terbesar sejak beberapa dekad lalu.

Keadaan ini telah menyebabkan kerajaan China pada bulan lalu memperkenalkan undang-undang yang akan digunakan bagi menangani isu pemisahan, penindasan, keganasan dan campur tangan asing.

Presiden AS Donald Trump mengatakan bahawa Hong Kong tidak lagi mempunyai autonomi yang cukup daripada Beijing sebagaimana perjanjian penyerahan 1997 yang lalu.

Oleh itu, di dalam undang-undang AS, bandar tersebut tidak lagi mempunyai hak layanan yang berbeza berbanding tanah besar China

Pihak berkuasa Hong Kong dan Beijing berulang kali menegaskan hak dan kebebasan akan dipelihara, ungkap Lam pada hari Selasa.

Beliau juga menegaskan undang-undang yang menjadi kebimbangan ramai masih dilihat sebagai draf dan bukanlah satu penetapan yang muktamad.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: