Ketua IMF: Lebih Banyak Dasar Yang Tegas Perlu Dilaksanakan Untuk Atasi Beban Hutang

Ketua IMF: Lebih Banyak Dasar Yang Tegas Perlu Dilaksanakan Untuk Atasi Beban Hutang

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva ketika mengulas dalam sebuah acara dalam talian yang dianjurkan oleh kumpulan akademik dan bekas pembuat da

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva ketika mengulas dalam sebuah acara dalam talian yang dianjurkan oleh kumpulan akademik dan bekas pembuat dasar G30 meminta supaya dilaksanakan dasar yang lebih signifikan bagi mengatasi beban hutang yang semakin tidak stabil di beberapa negara.

Georgieva turut menggesa supaya pemiutang dan penghutang untuk tidak menangguhkan penyusunan semula proses bayaran balik pinjaman dari negara yang mempunyai kadar hutang yang tidak mapan.

Beliau berkata bahawa pembekuan bayaran balik pinjaman dua hala selama enam bulan yang dipersetujui oleh kumpulan ekonomi G20 pada minggu lalu akan membantu mengatasi beban hutang ketika ini.

Namun bagi mengekalkan kestabilan ekonomi, Georgieva melihat lebih banyak tindakan-tindakan yang kritikal perlu dilaksanakan.

“Kita hanya menunda, namun kita perlu berhadapan realiti sebenar bahawa masih banyak tindakan yang tegas perlu diperkenalkan”, jelas beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: