Ketua IMF Memperingatkan Bahawa Penyelesaian Krisis Ekonomi Global Masih Jauh

Ketua IMF Memperingatkan Bahawa Penyelesaian Krisis Ekonomi Global Masih Jauh

Ekonomi global sedang menunjukkan pemulihan dari kemelesetan akibat penularan wabak koroanvirus, namun pemulihan sepenuhnya berkemungkinan tidak akan

Ekonomi global sedang menunjukkan pemulihan dari kemelesetan akibat penularan wabak koroanvirus, namun pemulihan sepenuhnya berkemungkinan tidak akan berlaku tanpa vaksin, jelas ketua IMF Kristalina Georgieva pada hari Rabu.

Dalam sebuah kolum ekonomi yang ditulis bersama ketua ekonomi IMF Gita Gopinath, IMF menekankan bahawa kerajaan perlu terus memberi sokongan kepada para pekerja dan syarikat berikutan krisis yang tidak pernah terjadi ini berpotensi menguatkan kembali gelombang kemuflisan dan pembuangan pekerjaan.

Sekatan pergerakan telah berkurang dan perniagaan di seluruh dunia kembali dibuka, sehingga berlaku “peningkatan yang tajam terhadap output, penggunaan dan pekerjaan,” kata mereka dalam majalah Foreign Policy.

Kepatansan dan tindakan besar-besaran oleh para pemerintah telah membantu mengurangkan tekanan dan memungkinkan untuk berlakunya pemulihan awal, tulis Gopinath dan Georgieva.

“Krisis ini walau bagaimanapun masih belum selesai,” kata mereka. “Pemulihan masih sangat rapuh dan tidak merata di seluruh wilayah dan sektor. Bagi memastikan pemulihan yang berterusan, aamat penting untuk memastikan supaya bantuan tidak ditarik sebelum waktunya. “

Perniagaan, termasuk firma yang bangkrup, akan memerlukan bantuan berterusan untuk mencegah pemansuhan berjuta-juta pekerjaan.

Bentuk sokongan yang dapat diberikan termasuklah dengan kerajaan mengambil ekuiti dari firma yang terlibat atau memberikan geran sebagai pertukaran bagi kadar cukai yang lebih tinggi di kemudian hari, kata mereka.

Namun begitu, kerajaan tetap perlu berhati-hati dalam pertimbangan mereka untuk mengagihkan sumber daya mereka, dan sebahagian syarikat pasti akan gagal terutamanya pada industri seperti pelancongan yang berkemungkinan tidak dapat bertahan pasca wabak kelak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: