Keuntungan Morgan Stanley Melonjak, Didorong Oleh Hasil Perdagangan Yang Kukuh

Keuntungan Morgan Stanley Melonjak, Didorong Oleh Hasil Perdagangan Yang Kukuh

Morgan Stanley pada hari Khamis melaporkan peningkatan keuntungan suku tahunan yang melebihi jangkaan, dipandu oleh perdagangan yang kukuh ketika wab

Morgan Stanley pada hari Khamis melaporkan peningkatan keuntungan suku tahunan yang melebihi jangkaan, dipandu oleh perdagangan yang kukuh ketika wabak koronavirus merekodkan perubahan yang besar pada pasaran kewangan global.

Unit perdagangan bank telah mencatat lonjakan pendapatan 68%, mengikuti lonjakan perdagangan bon yang mencecah hampir 168% sementara hasil perdagangan ekuiti pula meningkat 23%.

Angka-angka tersebut juga selari dengan data yang dikeluarkan oleh lawannya, Goldman Sachs Holdings yang berjaya merekodkan pendapatan perdagangan terbaik sejak sedekad yang lalu.

Perbankan pelaburan juga merupakan lubuk pendapatan yang baik buat Morgan Stanley, melonjak 39% berikutan perniagaan terus mengakses pasaran bagi mendapatkan keuntungan dari kadar faedah yang lebih rendah di samping meningkatkan kecairan.

Morgan Stanley juga telah mengasingkan AS$ 239 juta (RM1.02 bilion) sebagai peruntukan bagi kerugian kredit, turun dari AS$ 407 juta pada suku sebelumnya.

Pendapatan bank bagi suku tahun yang berakhir pada 30 Jun, yang diagihkan kepada pemegang saham biasa, meningkat dari AS$ 2.2 bilion kepada AS$ 3.2 bilion, atau dari AS$ 1.23 kepada AS$ 1.96 sesaham.

Menurut data IBES dari Refinitiv, penganalisis secara purata menjangkakan keuntungan sekitar AS$ 1.12 sesaham.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: