Kewaspadaan BoJ & Kelemahan Data China, Dollar Kini Menuju Peningkatan 7 Bulan Berturut-turut

Kewaspadaan BoJ & Kelemahan Data China, Dollar Kini Menuju Peningkatan 7 Bulan Berturut-turut

Dollar melonjak ke paras tertinggi tahunan pada hari Rabu, didorong oleh kenyataan dovish BoJ dan data China yang lemah. Indeks USD yang mengukur k

Dollar melonjak ke paras tertinggi tahunan pada hari Rabu, didorong oleh kenyataan dovish BoJ dan data China yang lemah.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain stabil sekitar paras tertinggi, naik 0.10% ke paras 97.11 mata setakat jam 9.15 malam.

Pengukuhan dollar kini sedang menuju peningkatan 7 bulan berturut-turut sejak bulan April yang lalu.

Peningkatan ini disokong oleh dua faktor utama iaitu risk aversion daripada pasaran negara-negara membangun dan jurang perbezaan kekuatan ekonomi AS dengan negara maju yang lain terutamanya Eropah.

Ekonomi Zon Eropah berkembang lebih rendah pada suku tahun ketiga, memberi teknanan kepada Bank Pusat Eropah (ECB) yang bakal menamatkan program pembelian aset mereka pada bulan Disember hadapan.

Di tambah dengan ketidaktentuan politik ekonomi di Jerman selepas Angela Merkel memutuskan untuk tidak bertanding dan meletakkan jawatan beliau sebagai ketua parti pada tahun 2021 dan isu belanjawan Itali, masih belum ada katalis yang dapat menarik pembelian euro.

Di samping itu, keyakinan pengguna AS pada bulan Oktober turut meningkat ke paras tertinggi 18-tahun yang lalu.

BoJ pula mengekalkan dasar kewangan mereka dan mengubah sedikit jangkaan inflasi teras berikutan konflik perdagangan telah menyelubungi unjuran ekonomi.

Perubahan ini turut menguatkan lagi pandangan yang melihat bank pusat Jepun tidak terburu-buru untuk mengurangkan ransangan melalui dasar mereka yang longgar.

Data PMI China bulan Oktober pula melaporkan penurunan ke paras terendah sejak Julai 2016, daripada 50.8 mata pada bulan September kepada 50.2 mata.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: