Keyakinan Terhadap Pemulihan Ekonomi Yang Lebih Cepat, GBP/USD Kekal Di Zon Tertinggi

Keyakinan Terhadap Pemulihan Ekonomi Yang Lebih Cepat, GBP/USD Kekal Di Zon Tertinggi

BoE pada hari Khamis lalu telah mengumumkan program QE yang lebih besar, menambah pembelian bon sebanyak £150 bilion, lebih £50 bilion daripada yang

BoE pada hari Khamis lalu telah mengumumkan program QE yang lebih besar, menambah pembelian bon sebanyak £150 bilion, lebih £50 bilion daripada yang dijangkaan.

Penambahan tersebut menjadikan jumlah QE mencecah £895 bilion, dua kali ganda lebih tinggi berbanding paras pra-wabak yang lalu.

Pembelian bon yang lebih besar dari jangkaan ini telah memicu jangkaan pemulihan ekonomi yang lebih cepat, sekali gus mendorong pound meningkat berbanding matawang lain.

Tambahan pula, pound juga berjaya mengekalkan pengukuhan tersebut apabila BoE dilihat tidak akan menjadikan kadar faedah negatif sebagai pilihan dalam melonggarkan dasar.

Sebagaimana yang disebut dalam laporan Dasar Moneteri Suku Tahunan BoE semalam, bank pusat melihat risiko kejatuhan, namun belum cukup untuk memaksa mereka mengambil langkah yang drastik.

Selain itu, Gabenor BoE Andrew Bailey dalam kenyataannya juga berkata bank pusat bersedia untuk menambah ransangan menerusi pembelian bon jika diperlukan.

Tumpuan kini kembali beralih kepada rundingan Brexit dan isu kesihatan yang mana akan turut membantu membuka ruang bagi peningkatan pound jika terdapat kemajuan yang meyakinkan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: