Kilauan Emas Semakin Hilang Daripada Penglihatan Traders

Kilauan Emas Semakin Hilang Daripada Penglihatan Traders

Harga emas kekal sideway untuk tiga hari berturut-turut sejak hari Khamis yang lalu namun kekal dengan momentum bearish apabila gagal untuk naik tiga

Harga emas kekal sideway untuk tiga hari berturut-turut sejak hari Khamis yang lalu namun kekal dengan momentum bearish apabila gagal untuk naik tiga minggu berturut-turut.

Pada minggu lepas, harga telah jatuh mendadak kepada paras terendah empat bulan lalu dengan penurunan sebanyak -2.64% atau lebih $40. Antara faktor utama yang mendorong kejatuhan emas adalah pengukuhan dolar yang berterusan akibat daripada optimis para pelabur terhadap perkembangan bill cukai.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Februari di Comex NYMEX stabil di paras $1,249, naik 0.05% pada jam 11.40 malam.

Pertemuan ahli Fed pada minggu ini dijangka akan mengumumkan rate hike terbaru sebelum tamat suku tahun terakhir 2017.

Pasaran turut meramalkan pengetatan polisi atau dasar dua atau tiga kali pada tahun hadapan. Namun ramalan ini sedikit terganggu akibat perkembangan pertumbuhan pendatapan yang perlahan sejak beberapa bulan yang lalu.

Selain daripada Fed, Bank Pusat Eropah (ECB), Bank Pusat England (BOE) dan juga Swiss National Bank (SNB) turut akan mengadakan mesyuarat dasar kewangan pada minggu ini walaupun tiada perubahan dijangka berlaku.

Emas sensitif dengan pergerakan US dolar. Greenback yang menguat menyebabkan emas semakin sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang lebih tinggi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: