Kisah Brexit Tamat, Parlimen Eropah Meluluskan Perjanjian Dengan Rekod Undian Terbesar

Kisah Brexit Tamat, Parlimen Eropah Meluluskan Perjanjian Dengan Rekod Undian Terbesar

Majoriti ahli parlimen Eropah bersetuju untuk mengesahkan perjanjian perdagangan pasca Brexit dengan Britian pada sesi undian hari ini. Pada pengh

Majoriti ahli parlimen Eropah bersetuju untuk mengesahkan perjanjian perdagangan pasca Brexit dengan Britian pada sesi undian hari ini.

Pada penghitungan akhir, seramai 600 Ahli Parlimen mengundi untuk menyokong perjanjian perdagangan tersebut, manakala lima menentang dan 32 orang berkecuali.

“Hari ini, Parlimen Eropah telah meluluskan satu perjanjian yang paling jauh pernah dicapai oleh EU dengan negara ketiga”, kata presiden dewan, David Sassoli.

“Hal ini dapat membentuk landasan di mana kita membangunkan hubungan baharu EU-UK (United Kingdom) untuk masa akan datang”, jelas beliau sambil memperingati UK supaya berpegang teguh terhadap komitmennya.

Sassoli menegaskan bahawa UK tidak akan mempunyai kelebihan sebagaimana anggota EU yang lain, namun mengakui perjanjian tersebut akan membantu impak terburuk ke atas kedua-dua negara.

Undian tersebut akhirnya menamatkan penantian lima tahun Brexit yang mana telah memisahkan UK dan kepulauan Ireland daripada kesatuan secara rasmi.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson turut memuji “langkah terakhir dalam satu perjalanan panjang” yang dilakukan oleh EU di mana akan membawa “kestabilan hubungan baru kita dengan EU sebagai rakan perdagangan penting, sekutu dekat dan negara yang sama.”

“Sekarang adalah waktunya untuk menantikan masa depan dan membangun UK yang lebih Global,” tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: